Sunday, July 26, 2009

Bersama Mukjizat Terbesar....


Sedar tak sedar....itulah kehebatan Al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan ALLAH kepada junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w. Satu-satunya mukjizat yang tinggal yang dapat kita lihat hingga ke hari ini....Maha Suci Allah!!

Apakah inisiatif kita untuk meneroka kehebatan Al-Quran ini? Teringat kata-kata ustaz semasa kuliah tafsir semalam......"Mukjizat kehebatan Al-Quran ini hanya akan terlihat apabila kita 'masuk' ke dalamnya; iaitu kita memahami isikandungannya, jadi....bacalah...fahamilah...dan beramallah bersungguh-sungguh. Akal tak akan dapat fikir untuk selesaikan semua masalah...jalan penyelesaiannya adalah Al-Quran."

Seperti kuliah-kuliah lepas, ustaz selalu memberi penekanan agar jemaah faham...berkali-kali diulang....."Ayat-ayat Al-Quran itu umum lafaznya dan bukan asbabnya". Kisah umat-umat terdahulu perlu diambil sebagai ikhtibar dan tak mustahil akan berlaku kepada umat yang kemudian...Jadi, marilah kita sama-sama merenung dan menilai diri agar sentiasa diberi jalan menuju cinta Ilahi...

Friday, July 24, 2009

Hidupkanlah Hati.....


Tazkirah sebelum kuliah Prof. Syukri Khamis lepas amat bermakna...menyuntik semangat untuk terus berusaha semampu boleh agar tetap menjadi rutin dalam hidup...

Itulah hakikatnya...HATI perlu dijaga dan perlukan santapan agar sentiasa hidup dengan mengingati Allah...dengan melihat tanda-tanda kebesaran-NYA.

Jaga makanan, sentiasa membaca Al-Quran dan mengingati mati.....itulah yang biasa didengar...namun, ada lagi rupanya....ILMU( ilmu ketuhanan sebagai santapan rohani untuk menghidupkan hati )..hemm...input baru...

Sesekali terfikir....ya...ilmu untuk mendekatkan diri dengan Allah...membaca Al-Quran mungkin perkara biasa, begitu juga untuk qatam Al-Quran....tapi, sejauh manakah atau sudahkah kita qatam tafsirnya? Membaca tanpa memahami apakah tuntutan-NYA? Jadi bagaimana untuk beramal kalau membaca tanpa memahami..? Kadang-kadang terasa takut andaikata sisa usia yang tinggal ini, tak sempat untuk meneroka isikandungan kalam Allah.......

Ya Allah! Aku mohon agar diberikan kesempatan......sentiasa mengingati-Mu, sentiasa mensyukuri ni'mat-Mu dan sentiasa istiqamah dalam beribadat kepada-Mu...