Monday, August 31, 2009

Kenapa ISDEV????

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani....

Penghujung 2008 merupakan saat yang penuh dengan pelbagai catatan di dalam karier hidupku....manakan tidak, saat ketika pelbagai beban tugas baruku mula menimbun setelah aku telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan QMS( Quality Management System ) di syarikat baru yang juga di bawah induk yang sama dengan syarikat aku bekerja. Tapi, alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga melaksanakan tugas tersebut bersama-sama dengan rakan-rakanku yang lain...apa-apapun, berkat doa rakan-rakan dan keluarga yang tidak putus-putus memberi sokongan moral dalam karierku...especially Ayu dan Suzana...jazakallah to both of you....

Berbalik kepada rentetan kisah 2008 tadi...ketika itu, pihak pengurusan syarikat tempat aku memerah keringat selama hampir 11 tahun telah mengumumkan tawaran terbuka skim"Voluntary Separation Scheme( VSS )" kepada semua kakitangan pengurusan dan bukan pengurusan bagi sesiapa yang berminat....Inilah masa yang memang ditunggu-tunggu sebenarnya... setelah dua kali permohonan dibuat pada tahun-tahun sebelumnya tidak berjaya( tak ingat pulak tahunnya...tapi tawaran pada penghujung 2008 adalah kali yang ke-3 ). Alasan kenapa ditolak...biasalah..."We still need you...", itulah alasan yang diberi oleh ketua jabatanku. Jadi, aku pun diam saja tanpa membantah...matlamat nak sambung belajar pun terkubur...

Namun, berbeza dengan kali ini( penghujung 2008 ), aku memilih untuk tetap meminta supaya pemohonanku diluluskan. Tidak dinafikan, sebelum aku membuat kata putus untuk memohon skim ini, macam-macam bermain di fikiran...sayang nak tinggal pekerjaan ni lah...dan yang paling terfikir, macam mana nanti bila "short of income"??? Ahhh....pening juga sebenarnya nak buat keputusan yang agak berat bila dah banyak komitment....banyak pertimbangan perlu dibuat sebenarnya..apa pun...Islam itu memang indah....ada cara penyelesaian bila berada dipersimpangan yang belum tentu arah tujunya....dan belum tentu kalau apa yang kita pilih itu terbaik untuk kita atau tidak...jadi, akhirnya aku mengambil inisiatif untuk menunaikan solat isktikarah dan hajat beberapa kali agar diberi petunjuk oleh Allah...

Alhamdulillah...setelah beberapa kali bersolat dan memohon pada Yang Lebih Mengetahui, terasa diri ini diberi kelapangan...kalau sebelum ini seperti berbelah bahagi, tapi kali ini lain sekali...ya, itulah jawapan yang pasti...insyaAllah, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.....andai apa yang berlaku kelak...itulah ujian buat diriku.....harapanku hanyalah satu... agar Allah membuka jalan untuk aku mendekatkan diriku kepadaNYA....

Sementara menunggu keputusan permohonan VSS tersebut, aku pun memulakan aktiviti mencari bidang pengajian yang dihajati...hampir kesemua fakulti pengurusan universiti-universiti tempatan aku layari untuk mencari kursus yang dirasakan sesuai.....yang berlandaskan Islam..."Islamic Management" itulah hajatku sebenarnya dan itulah yang menjadi kata kunci ketika carian dibuat di dalam "Yahoo Search".....Akhirnya, semasa carian dibuat, dengan izin Allah, aku terpaut pada blog Dr. Sukainah dan ISDEV news....entah macam mana, terasa amat tertarik ketika membaca kebanyakan posting Dr. Sukainah dan kejayaan beliau bersama ISDEV...begitu juga bila terbaca program-program Islami yang dijalankan ISDEV yang agak berlainan dengan universiti-universiti tempatan yang lain.....

Akhirnya aku pun memohon untuk menyertai ISDEV...disamping permohonan di dua lagi universiti tempatan( just in case kalau tak dapat tempat di ISDEV ). Walaupun aku mendapat tempat lebih awal di dua lagi universiti di utara semenanjung..namun, Allah telah memberi ruang untuk aku menyertai keluarga ISDEV...Alhamdulillah syukur, kini aku telah menjadi sebahagian daripada keluarga ISDEV selepas meninggalkan jawatan di salah sebuah syarikat di Kulim Hi-Tech.......semoga Allah memberi aku kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan ini setelah perjuangan yang tidak seberapa ketika di alam pekerjaan sebelum ini.....

Sekian...wassalam.

Nota: Foto-foto kenangan ....QA Dept...Kulim Hi-Tech

















Some of QA Dept. members( Top left was my big boss )

















My colleagues from left : TY Khor, Ayu, MC Lim, WL Neoh( my section manager for QMS )
& me

Thursday, August 27, 2009

Thinking About Title???...



Sometimes ...it is quite difficult to think about a "title"....or a "topic"...and furthermore, to make people understand on it... that's what happened to me in the process of identifying a topic for my thesis!!!.....The conclusion is, I need more skills on this :)


Wednesday, August 26, 2009

Sekadar Renungan Bersama


Hadith Riwayat Imam al-Tabarani dari Abdullah Ibn Mughaffal( kitab Sahih al-Jami' al-Saghir; hadith bil. 966 ).



"Pencuri yang paling teruk adalah seseorang yang mencuri solatnya, iaitu mereka yang tidak menyempurnakan sujud dan ruku'nya, dan manusia yang paling bakhil( kedekut ) adalah mereka yang bakhil daripada mengucap salam."

Assalamu'alaikum...

Tuesday, August 18, 2009

Ibadat Hati Untuk Khusyuk Dalam Solat

Bismillah...

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”.



Untuk khusyuk dalam solat.....
Hati kena bersih.....penekanan perlu pada ibadat hati tanpa diabaikan rukun-rukun berkaitan dengan anggota badan.

Mengikut Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, terdapat 6 unsur-unsur ibadat hati:
  • kehadiran hati - tidak menerawang atau memikirkan perkara lain selain solat
  • pemahaman - memahami segala perkataan yang dilafazkan dalam solat
  • pengagungan; dan
  • merasai kehebatan - berasa takut kepada Allah hasil daripada memahami keagungan dan kehebatan Illahi
  • harap - mengharap pahala daripada Allah kerana hanya Dia tempat pergantungan manusia
  • malu -malu dengan ibadat yang dilakukan kerana pastinya ada kekurangan

Wabillahi taufik wal hidayah...

Nota:
Dipetik dari "hatiwanita.wordpress.com" dan "Tip-tip Cemerlang Daripada Quran" oleh Dr. Danial Zainal Abidin






Thursday, August 13, 2009

Rinduku.....Ramadhan di Tanah Suci

Terasa indah sangat saat-saat menyambut Ramadhan ketika di Tanah Suci Mekah 2 tahun lepas...ntahlah, kenapa asyik teringat saja sejak dua menjak ni....mungkin sebab Ramadhan kian hampir......dan mungkin juga sebab keinginan nak ke sana lagi membuatkan hati terasa begitu rindu.....

Gema azan dan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Sheikh Mahir( salah seorang Imam Masjidil Haram ) ketika solat terawih masih dapat dirasai...terlalu menusuk ke dalam jiwa...walaupun saya tidak begitu memahami maksud bacaan...namun sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bagaimana perasaan saya.....itulah rasanya perasaan setiap insan ketika berada di sana...apatah lagi ketika kali pertama berada di hadapan Kaabah....diri terasa begitu kerdil sekali ketika berada dicelah jutaan manusia ketika itu....

Mengikut beberapa orang yang biasa mengerjakan haji, jemaah umrah ketika Ramadhan selalunya hampir menyamai jemaah pada musim haji...alhamdulillah ketika saya bersama ahli rombongan yang lain pergi, masih belum begitu sesak dan masih dapat bersolat di dalam masjid..namun pada hari-hari terakhir kami di sana, sudah dapat dilihat lautan manusia membanjiri Masjidil Haram sehingga ke dataran di luar tempat saie berhadapan tempat penginapan kami( sekarang tempat ni telah pun dirobohkan )...

Mengimbas kembali suasana Ramadhan di sana memang sukar dilupakan...cuaca ketika itu begitu panas dan terik sekali...ketika itu juga terbayang macam manalah panas api neraka??...Keadaan di dalam masjid pula ramai dengan jemaah yang membaca Al-Quran selepas menunaikan solat...dan tak kurang pula yang diam sambil mengadap ke rumah Allah...merenung jauh...sejauh-jauhnya....sambil menaruh sepenuh pengharapan kepada Allah Yang Maha Agung...Wallahu'aklam..

...dan pernah suatu ketika apabila saya sedang berehat di tepi tangga masjid mengadap Kaabah sebaik selesai mengerjakan tawaf, seorang wanita Indonesia menegur dan bertanya kepada saya sambil mengalih pandangan ke arah ribuan manusia yang sedang bertawaf....

"Lihatlah....apa yang mereka cari?"Ketika itu, saya cuma diam.....sejurus kemudian saya melihat dia merenung jauh lalu air matanya mengalir membasahi pipi....dan saya turut mengangis walaupun sebenarnya saya tak tahu sangat apa yang dimaksudkannya.."Hanya Allah...itu saja tujuan kita", katanya dan itu bagi saya, punya suatu maksud yang amat mendalam...

Mengenai waktu berbuka pula...
Kebiasaannya, sejenak sebelum tibanya waktu berbuka, juadah makanan pula begitu banyak sekali diedarkan...begitu ramai pula yang berebut-rebut untuk sedekahkan makanan dan minuman yang dibawa...dan ketika itu jugalah terhubungnya silaturahim dengan jemaah-jemaah lain dari beberapa buah negara yang berbeza....terasa ikatan kasih sayang terjalin erat walaupun pertemuan yang singkat...itu baru pertemuan dengan manusia...alangkah bahagianya insan-insan terpilih apabila bertemu dengan Sang Pencipta kelak.....Ya Allah...di manakah diri ini???

Solat terawih 23 rakaat( termasuk witir ) tak terasa lamanya walaupun setiap malam dibaca ayat-ayat Al-Quran satu juzuk....rindunya....!!!! Rindunya nak bersolat sambil melihat rumah Allah lagi......itulah yang paling dirindui apabila menyambung solat terawih ketika pulang ke tanah air pada hari ke-15 puasa...dah tak dapat melihat Kaabah....dah tak dapat mendengar bacaan Al-Quran yang begitu menyentuh rasa....suasana begitu jauh berbeza...namun kini, cuma mampu mengubat rindu melihat siaran langsung di kaca TV sahaja...dan alangkah bahagianya sekiranya "rumah-rumah Allah" di tempat kita diimarahkan dengan solat berjemaah seperti di sana...

Allahu akhbar!!

Tuesday, August 11, 2009

Laksa Oh Laksa!

Saya memang "hantu laksa"....biar ke mana pun, biasanya laksa menjadi kemestian...dalam banyak-banyak laksa...laksa utara lah yang paling digemari...kadang tu sampai ke tahap "pecah air liur" bila teringat laksa. So, bila jadi macam tu...memang kena cari laksa juga untuk hilangkan kempunan.

Dulu masa di Florida pun macam tu...mula-mula sampai, memang terpaksa tahan ketagihan laksa...tapi alhamdulillah, tak lama lepas tu jumpa "oriental store" - kedai runcit yang jual barang makanan Asia..mula la saya dan rakan-rakan mereka kuah laksa daripada ikan sardin dalam tin...dan laksanya pulak agak lain...jernih ala-ala jelly( laksa dari Thai rasanya )...tapi tak pa...janji macam laksa juga..( teringat macam Prof. Syukri cerita buat kari masa beliau di UK dulu...kena kreatif sebab bahan agak terhad dan mahal pulak tu ...tapi itulah nilai pengalaman di tempat orang yang mungkin sukar dilupakan...).

Itu cerita laksa di Florida...tapi yang ni lain pulak...

Nak dijadikan cerita, masa balik dari kelas pada hari Khamis baru-baru ni.....sampai saja atas jambatan Pulau Pinang, tengok-tengok trafik slow sangat.....aduh....jam lagi!!! Ni la masalahnya bila mai Penang..Dulu masa kerja di Kulim, tak la experience macam ni...anyway, seronok juga sebenarnya bila drive dalam keadaan macam ni...mencabar kesabaran...:)

Lama juga terkandas kat atas jambatan tu.....Time tu la mula rasa mengantuk sangat....terasa macam lali jer...tapi bertahan juga sebab kena hati-hati memandangkan kenderaan sesak di kiri dan kanan( saya suka berada di lane tengah )...masa tu jam di tangan menunjukkan hampir jam 1 petang....sambil mendengar alunan asma al-husna yang di bawa oleh Dr. Ary Ginanjar( yang biasa kat astro tu... ) sempat lagi terfikir apa nak makan untuk berbuka puasa petang nanti....terus teringat laksa..!!!

Laksa lagi...dua hari lepas dah makan laksa kak Ani( laksa favorite saya - gerai dekat dengan Sekolah Badlishah Kulim...)..sebelum ni pulak dah makan laksa Mak Long...minggu sebelum tu dah makan laksa Hutan Kampong( yang dieksport dari Alor Setar...sepupu beli masa pi kursus kat sana ).....hah...laksa Telok Kecai belum lagi...teringinnya...terus teringat sepupu yang baru saja ke Alor Setar lagi pagi tadi sebelum saya ke kelas...tapi malas la pulak nak minta dia belikan sebab macam menyusahkan saja...orang pun letih berkursus...tentu nak terus balik...

Akhirnya hampir jam 2.30ptg baru saya tiba di rumah, walaupun kebiasaan cuma mengambil masa hanya 30min perjalanan sehala dari USM ke rumah atau sebaliknya. Sampai saja di rumah, terus solat, mengemas dapur dan sempat juga lelap seketika...

Itulah....kalau rezeki, tak ke mana...petang tu sebelum waktu berbuka, sepupu saya datang membawa buah tangan dari Alor Setar...rupa-rupanya laksa Telok Kecai!!!

Ya, Allah....baru saja terlintas...tanpa diduga....Allah telah mengirimkan lintasan hati saya kepada sepupu untuk hilangkan kempunan saya tu....Subhanallah...Sesungguhnya Allah Maha Pemberi...tak pernah menghampakan...rasa amat terharu sekali...

Ni lah laksa tu yang menjadi antara juadah berbuka saya pada hari itu...Alhamdulillah!

Bertemu Janji Allah....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang....

Alhamdulillah....akhirnya berjaya juga saya mula membaca antara buku-buku koleksi terbaru yang hampir sebulan dibeli....namun, tersimpan buat hiasan saja di atas rak di bilik bacaan....sebenarnya ada lagi yang masih tak dibelek-belek....itulah...mungkin hobi suka membeli saja...

Masa beli, bukan main lagi berkobar-kobar nak baca....tapi, biasa lah depending on "mood"....nak kata sibuk sangat pun....tak juga, tapi faham-faham saja la...hemm....MALAS!!! Geram jugak kadang tu...tak mampu nak lawan nafsu jahat ni...

Ok la....cuma nak berkongsi sedikit antara isikandungan buku ni..
Antara 2 buku ni...sebenarnya baru satu saja yang mampu disentuh setakat hari ni( yang warna coklat tu)...insyaAllah...memandangkan cuti panjang ni..I'll try to finish the other one!!

Antara yang menarik adalah bila saya rasakan huraian yang diberikan mempunyai hubungkait dengan beberapa subjek yang saya ambil sekarang terutama "Tasawwur Islam" dan juga "Pengurusan Pembanguan Islam". Mungkin bagi mereka yang berpendidikan Islam, ia sesuatu yang biasa, namun bagi saya....satu pengisian baru dalam sejarah pendidikan dan bakal kerjaya saya nanti..insyaAllah..

Antara yang nak dikongsi:

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu kelak bakal disoal." - Al-Isra' ( 17:36 )


Dari surah Al-Isra' dihuraikan bahawa Allah swt menciptakan manusia sesempurna makhluk dengan anggota lahiriah dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, namun di dalam banyak-banyak anggota manusia itu, Allah hanya akan menyoal 3 pancaindera sahaja iaitu telinga, mata dan hati. Ketiga-tiga anggota tersebut merupakan anggota yang memainkan peranan paling penting dalam perlaksanaan segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah sedangkan anggota-anggota lain adalah pelengkap sebagai pembantu di dalam segala perlaksanaan.

Bila membaca huraian ini, saya terfikir sejenak, bagaimanakah kesemua anggota tersebut berfungsi dalam usaha untuk cuba membangunkan dan menguruskan diri kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sebelum kita membangunkan satu organisasi yang jauh lebih kompleks? Masa tu saya terfikir diri saya lah....yang punya banyak kekurangan( tapi bila teringat tazkirah Prof. Syukri tentang "sifat buruk sangka"...saya pujuk hati..."tak...Allah dah beri banyak kelebihan sebenarnya, tapi terlepas pandang...kena improve mana yang tak betul...").

Berbalik pada huraian tadi, saya kira, melalui pendekatan subjek yang diterapkan oleh ISDEV, ia banyak membantu pemahaman saya..mungkin sebelum ini hanya membaca dan melihat huraian secara "surface" sahaja....tapi kali ini...bila membaca, terasa lebih terkesan di dalam jiwa saya...alhamdulillah berkat sentuhan teknik pembelajaran "hati ke hati" ISDEV, berjaya membuat saya bangun semula untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu...dan mengorak langkah ke alam kerjaya baru saya nanti insyaAllah...

Ya...saya mula menilai...sejauh manakah saya mengaplikasikan sifat pendengar telinga saya?? Sejauh manakah pula saya merenung segala kejadian dan ayat-ayat Allah melalui sifat pelihat mata saya??? Dan bagaimana pula saya menggunakan hati iaitu anugerah Allah yang paling bernilai yang merangsang akal untuk berfikir, samada memikirkan persiapan untuk kehidupan yang abadi kelak???

Jadi...saya berharap nilaian-nilaian tadi mampu menjadi titik tolak kepada perubahan kerangka "pembangunan dan pengurusan" diri sebagai persiapan kita untuk berjuang melaksanakan amanah Allah dan seterusnya mengorak langkah untuk bertemu janji Allah... insyaAllah...

Semoga kita sentiasa dirahmati Allah...

Wassalam

Tuesday, August 4, 2009

Membongkar Kisah Yahudi Dalam Surah Al-Baqarah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Syukur alhamdulillah kerana saya masih diberi "peluang" oleh Allah untuk meneruskan kehidupan ini dan juga diberi "keinginan" untuk terus mencuba dan belajar memupuk diri agar suka menulis semula....teringat zaman persekolahan lampau, memang suka menulis( menulis cerita... )....tapi bila dah tinggal lama apabila masuk ke alam pekerjaan...lainlah jadinya...menulis juga...tapi lebih terarah kepada penulisan procedures, working instructions, laporan audit dan operation processes termasuk minit mesyuarat pengurusan operasi( eventhough not from the operations processes department ) . Semua penulisan ni lebih khusus kepada sistem pengurusan kualiti..namun, dengan izin Allah, pengalaman lepas tetap banyak membantu...

Apa sebenarnya nak tulis ni....???? Ntah lah....Sebenarnya bukan banyak idea sangat nak menulis...tapi rasa terpanggil pula untuk menulis sesuatu bila sering terkeluar topik percakapan mengenai "Teori Evolusi Darwin" dalam beberapa sessi kelas Islamic Research Methodology, Epistemologi & Tasawwur Islam dan juga sessi Pengajian Al-Quran....lebih-lebih lagi bila teringat pesanan untuk sampaikan walaupun satu ayat....dan juga bila ingat akan nik'mat qalam yang diberikan, jadi rasanya patut dimanfaatkan....

....."Teori Evolusi Darwin"......kenapa Charles Robert Darwin yang dianggap "bapa evolusi" ni membuat suatu andaian sedemikian? Satu spesis berasal dari spesis yang lain??? Manusia berasal dari keturunan kera atau gorila?? Siapakah yang mahu mengaku??.....Biar apapun teorinya...kita sebagai seorang Islam pasti akan berpegang kepada ayat-ayat Al-Quran yang jelas menerangkan asal-usul keturunan manusia adalah dari Nabi Adam( asal kejadian daripada tanah )....tak perlu dipertikaikan lagi bukan? Dan lebih-lebih lagi terkandungnya surah-surah yang menceritakan tentang asal-usul kejadian manusia di dalam Al-Quran, antara lain Surah As-Sajjadah( ayat 1-11 ), Surah al-Insan( 1-22) dan Surah Al-Baqarah(Ayat 30-39) .......( minta para hafiz & hafizah betulkan kalau silap yer...)

Apa yang nak disampaikan di sini sebenarnya mengenai Teori Darwin tadi.... cuma teringat kembali input yang saya dapat dari kuliah-kuliah tafsir( Kitab Tafsir Nurul Ihsan ) beberapa bulan lepas tentang kisah-kisah keburukan Bani Isarel( Yahudi ) yang telah diceritakan oleh Allah di dalam ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah dari ayat 40 sebagai peringatan....salah satunya mengenai kaum Yahudi yang telah ditukar menjadi kera disebabkan kekufuran mereka kerana melanggar perintah Allah( ayat 65 ) ...sedangkan pelbagai nik'mat telah diberikan oleh Allah kepada mereka ketika itu.....antara nik'mat-nik'mat istimewa yang nenek moyang mereka perolehi ada dihuraikan di dalam kitab tafsir tersebut( saya cuma list down sebahagian saja untuk renungan ) :

(1) Dihidupkan semula oleh Allah selepas dimatikan( lihat ayat 56 ) dan keturunan mereka terselamat dari kekejaman Firaun( ayat 49 )

(2) Ketika sesat selama 40 tahun di Padang Tih( bukan Ladang Teh ye...:) - Allah beri mereka makanan dari syurga iaitu mann( bijirin seperti gandum ) yang Allah turunkan seperti embun sehari segantang & salwa( burung sintar ) yang sangat lazat ( ayat 58 )

(3) Diturunkan awan untuk lindungi mereka daripada panas matahari ketika di Padang Tih tersebut; ( ayat 58 )

(4) 12 belahan mata air untuk 12 kabilah dari kalangan mereka - Nabi Musa pukul dengan tongkat pada batu
lalu dengan izin Allah, keluarlah mata air...namun mereka tetap kufur (ayat 60 )

Berbalik kepada andaian Teori Evolusi Darwin tadi, cuba kita rujuk kepada ayat 65 dari surah Al-Baqarah:

"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui( bagaimana buruknya ) orang di kalangan kamu yang melanggar( larangan ) pada hari Sabtu( yang keluar menangkap ikan ), lalu Kami berfirman kepada mereka; "Jadilah kamu kera yang hina."


Bila mendengar ulasan tentang ayat ini...memang benar, Al-Quran ada menyebut kisah nenek moyang Bani Israel yang Allah telah jadikan mereka kera ketika itu....itulah antara kisah Bani Israel........so, bagaimana kita menilainya?? Adakah teori Darwin ini berdasarkan pengkajian di atas penemuan fossil nenek moyang mereka( e.g. mungkin ada kaitan dari keturunan yang ditukar menjadi kera ini ) pada abad yang lampau??? Apa pun...itu adalah tentang Bani Israel...Wallahu aklam......atau dalam ertikata lain memerlukan pengkajian untuk membuktikannya melalui Islamic Research??? Apa-apa pun....kita pegang kepada ayat Al-Quran yang jelas...walaupun mungkin tidak dapat dibuktikan, namun ia adalah satu yang perlu kita imani dengan penuh yakin........sesungguhnya..

"Kitab Al-Quran ini sebenarnya tiada sebarang keraguan( sebagai sesuatu yang datangnya dari Allah s.w.t dan sempurnanya ); kemudiannya ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang mahu bertaqwa" ( Surah Al-Baqarah ayat 2 ).

Wabillah hi taufik wal hidayah....assalamu'alaikum...

Note: Sekiranya ada kesilapan, harap dibetulkan......maaf, saya murid baru belajar :)
dan kurang arif di dalam ilmu ini...

Monday, August 3, 2009

Di Sebalik Isra' dan Mikraj...




Alhamdulillah syukur...dapat juga menghadirkan diri ke ceramah sempena Isra' & Mikraj kali ni di Dataran Majlis Bandaran Kulim malam ni...walaupun sessi ceramah tadi bermula agak lambat dari yang dijadualkan( actually start jam 8.00 malam; tapi ceramah mula dekat jam 10.30malam )...namun syukur masih mampu bertahan sehingga jam 11.30mlm...mulanya tadi dah terasa letih sangat sebab petang tadi ada aktiviti merumput depan rumah( dah lama tak buat aktiviti macam ni sebenarnya...)

Berbalik pada ceramah tadi....bertajuk "Perubahan ke Arah Ketaqwaan"...satu tajuk yang agak menarik dikupas oleh Ustazah Dato' Siti Norbahyah Mahmood....walaupun masa terhad, namun pengisian yang padat.

3 Kepentingan yang perlu diingat oleh umat Islam tentang Isra' & Mikraj:
(1) Isra' dan Mikraj membuktikan kebesaran Allah di mana Nabi Muhammad s.a.w berjalan
dengan Malaikat Jibril( mempuyai 1200 sayap ); namun 1 sayap Malaikat Israfil = 1200
sayap Jibril; 8 malaikat yang dipertanggungjawabkan untuk menanggung arasy di mana 1
sayap masing-masing = 1200 sayap Israfil( bayangkanlah betapa besarnya dan hebatnya
Sang Pencipta!!! Allah Maha Besar ); begitu juga kenderaan buraq yang dikatakan berkelajuan 300,000km/saat..( buraq berasal daripada perkataan "barq" yang bermaksud kilat ).

2) Penapisan iman - amanah, benar dan jujur( keikhlasan dan keyakinan kita dalam menerima
ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ).

3) Pengajaran-pengajaran tentang nikmat syurga dan azab neraka diperlihatkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. termasuk usia dunia yang sangat tua, solat 50 waktu dikurangkan kepada 5 waktu, anak sebagai amanah kepada kedua ibubapa perlu dididik ke jalan yang diredhai sebagai persediaan jalan ke syurga.

Satu lagi yang menarik...perasmian ceramah perdana ini telah dilakukan oleh Menteri Besar Kedah..antara pesanan yang beliau tekankan berulang kali di dalam ucapannya adalah kepentingan solat dan menutup aurat....beliau menyeru dan berpesan agar seluruh rakyat Kedah yang beragama Islam tetap dalam mendirikan solat, mempertingkatkan ibadat dan memelihara aurat kerana ini merupakan tanggungjawab dalam memimpin.

Sebelum tirai penutup berlabuh...."Sinarilah rumah dengan solat berjemaah dan tilawatul Quran serta jagalah hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia...." ; semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah selalu...AMIN..