Monday, September 14, 2009

Air Mata Darah...

Bismillah...

Assalamu'alaikum wbt...

Seperti biasa, hari cuti biasanya banyak benda nak dibereskan...tambahan pula pada penghujung Ramadhan..macam-macam nak buat...kadang-kadang terfikir pulak...dulu masa kerja, tak la banyak aktiviti macam sekarang...hemmm...rasanya, macam ni la rutin surirumah....ataupun, masa kerja dulu tak dapat nak luangkan banyak masa untuk buat perkara yang disukai...itu semua alasan semata-mata!!

Apa-apapun, alhamdulillah...pagi tadi sempat juga baca surat khabar semalam sambil menunggu pakaian yang sedang dibasuh.....

Sebaik habis membaca satu rencana bertajuk "Misteri Tangisan Darah" di dalam akhbar Berita Minggu, 13 September 2009 pagi tadi( sebenarnya tak sempat nak baca semalam ).........saya terus terfikir akan kaitan rencana tersebut dengan apa yang baru saja saya baca untuk ujian Epistemologi dan Tasawwur Islam nanti...mengenai akal dan ilmu dalam Islam..

Rencana tersebut mengutarakan kebingungan pakar perubatan dunia mengenai fenomena "tangisan berdarah" yang dialami tiga remaja yang masing-masing seorang dari Amerika Syarikat dan dua lagi dari India ...percaya atau tidak, mereka memang mengalirkan air mata darah!!! Bila baca, terasa ngeri sangat...dan sesekali terfikir...betul ka? Kalau dulu, selalu jugak dengar dalam filem ataupun kadang-kadang orang menyebut sebagai mempertahankan sesuatu perkara seperti, "...biar menangis air mata darah sekalipun....."( dengan maksud perkara tersebut tak akan mungkin berlaku...).

Memang, mulanya macam sukar nak percaya...tapi, sebagai seorang muslim...keyakinan terhadap sifat-sifat Allah mengatasi segalanya...ya..tak mustahil perkara seperti ini boleh berlaku kerana Allah itu Maha Berkuasa..apa sahaja boleh bagi Allah walaupun ia adalah suatu perkara yang mustahil dan di luar jangkauan akal dan ilmu kita.

Sesungguhnya akal dan ilmu manusia itu amat terbatas...terlalu banyak perkara yang tak mampu diterokai manusia....namun, hakikatnya Allah telah menganugerahi kita "akal" sebagai medium untuk kita memikirkan tanda-tanda kekuasaan dan kebesaranNYA di dalam lingkungan kemampuan manusia itu sendiri...itulah di antara tanda-tanda di mana berulang kali disebut di dalam ayat-ayat Al-Quran bahawa Allah telah menyuruh, menegas dan menggesa manusia untuk menggunakan akal bagi tujuan berfikir....berfikir akan setiap kejadian dan berfikir adakah kita mampu menandingi kuasaNYA???

Di dalam kolum berasingan pada rencana tersebut, Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof. Dr. Muhaya Mohamad ada menyatakan bahawa fenomena ini adalah satu misteri yang belum terungkai walaupun dunia telah mengecapi perkembangan teknologi perubatan yang begitu canggih..dan beliau memandang perkara ini sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t. dan menegaskan supaya kita sebagai manusia jangan sombong kerana pengetahuan kita amat terhad...

Jadi, fenomena ini merupakan satu "lompang" baru dalam ilmu pengkajian sains perubatan dan bakal mencabar para cerdik pandai serta menilai tahap pencapaian pemikiran manusia bagi mencari jawapan kepada "kebingungan" ini.

Apa yang dapat dirumuskan di sini, bagi mereka yang mampu mengaitkan ilmu pengkajian tersebut dengan yang "Maha Pencipta" yang menciptakan fenomena tersebut....bermakna ilmu yang ada digunakan secara penuh manfaat bagi menjalankan fungsi akal agar berada pada jalan yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah..

Ya..itu baru air mata darah...dah bingung!! Macam mana nak fikir perkara yang lebih besar...kejadian langit dan bumi, alam barzakh dan masyhar, syurga dan neraka....??

Jadi....biar mengalir air mata darah sekalipun dalam apa jua pengkajian kita...kita tidak mampu menandingi ilmu Allah yang tidak terhad.....Allahu akhbar!!!

Ya! Allah...ampunilah kami, andaikata kami terlalai di dalam pencarian ilmu...Semoga Engkau sentiasa memberi petunjuk dan ilmu yang bermanfaat bagi kami...Amin.

Wabillahi taufik wal hidayah...

Wassalam...

Thursday, September 3, 2009

Kejadian Langit dan Bumi Adalah Tanda Keagungan Allah


Untuk dihayati:

Surah Taha; ayat 6 : Milik-NYAlah apa-apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah."

Surah Al-Anbiya'; ayat 30 : Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Surah Al-Anbiya'; ayat 31 :
Dan Kami telah menjadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh agar ia(tidak ) goncang bersama mereka, dan Kami jadikan(pula) di sana jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.

Surah Ar-Rahman; ayat 29:
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNYA. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.

***************************

Langit....di antara ciptaan Allah yang paling sering saya renungi...setiap kali letih bekerja mahupun timbul kekusutan fikiran atau sekadar merehatkan mata dan otak.....pasti langit menjadi tempat untuk saya lemparkan pandangan...subhanallah...itulah rahmat di sebalik setiap kejadian Allah...insyaAllah, pasti terasa amat menenangkan melihat ciptaanNYA.....

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Allah telah meninggikan langit agar dapat memberi kelapangan...itulah hakikatnya, Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Bagi saya yang merupakan penggemar lukisan dan memang gemar melukis suatu ketika dahulu, langit merupakan antara objek yang sentiasa menjadi minat..kalau ramai peminat seni yang kagum dan suka menilai lukisan-lukisan abstrak, rasanya langit mempunyai sentuhan abstrak yang amat tinggi...banyak yang dapat dinilai dari aspek kejadian dan rahsianya....

Bila merenung ke langit, terasa betapa hebatnya penciptaan Allah ini...banyak rahsia terkandung di dalamnya, di bawahnya, di antaranya dan di atasnya..sebagaimana di sebut di dalam kebanyakan ayat-ayat Al-Quran...ada yang dapat dilihat dengan pandangan mata kasar dan banyak rahsia yang tak terjangkau...

Antara lain...dari langit seperti yang dapat kita lihat; diturunkan hujan yang menjadi sumber air dan kehidupan seluruh alam, diterbitkan dan dipancarkan cahaya matahari ke langit yang menyinari alam ini, begitu juga taburan bintang di langit dan bulan yang turut menghiasi langit pada malam hari...semua itu untuk seluruh makhluk di alam ini...tidakkah kita bersyukur dengan segala nik'matNYA?

Tapi, bagaimana pula rahsia langit yang tidak terlihat oleh mata kasar? Di sini saya ingin berkongsi mengenai sedikit huraian dari Surah An-Naazi'aat ayat 3 ~ 5( dari kuliah tafsir yang saya ikuti ) yang mempunyai kaitan dengan rahsia langit:


Ketika roh orang mukmin hendak mati, malaikat turun dari langit dengan wajah putih berseri membawa kain kafan dari syurga serta serbuk wangi dari syurga( cendana ); kemudian datanglah malaikat maut duduk di sisi lalu berkata; "Wahai jiwa yang baik, keluarlah". Kemudian keluarlah roh mengalir seperti air yang keluar meleleh melalui bekas air( seperti setitik air dari bekas atau cerek ) lalu malaikat maut akan mengambil roh tadi kemudian akan disambut secepat kilat oleh malaikat-malaikat lain yang menunggu sejauh mata memandang ( sehingga langit ke-7 ) lalu roh yang baik tadi akan diletakkan di atas kain kafan yang sangat halus atau lembut( malaikat akan kafankan roh; sedangkan kita di dunia mengkafankan jasad sahaja ). Malaikat akan taburkan serbuk wangi dari syurga dan keluarlah dari roh tadi bau harum seperti kasturi di bumi.


Para malaikat akan membawa roh orang mukmin yang dikafankan tadi naik ke langit diiringi oleh malaikat yang turun ke bumi menyambut roh tadi. Bila roh dibawa naik ke langit, pada setiap peringkat langit sehingga langit ke-7, para malaikat akan bertanya, “Roh siapakah ini? Malaikat yang membawa akan beritahu. “Roh si pulan bin Si pulan” dan malaikat yang membawa akan meminta untuk dibukakan pintu langit bagi roh tersebut. Para malaikat di langit pertama akan mengiringi roh hingga ke langit seterusnya hinggalah ke langit ke-7. Begitu juga dengan malaikat yang menjaga di setiap lapisan langit akan turut mengiringi roh orang mukmin tadi sehingga ke langit ke-7.


Setibanya roh di langit ke-7, Allah berfirman; “Simpanlah suratan amalnya di dalam suratan amal “illiyiin” dan kembalikan dia ke bumi”.


Nabi bersabda lagi; Bagi orang-orang kafir( mereka yang tidak patuh pada Allah ) pula, malaikat akan turun dari langit sejauh mata memandang dengan muka yang sangat hitam membawa kain kafan yang amat kasar dan berduri. Malaikat maut akan duduk di sisi lalu berkata dengan keras; “Wahai roh yang jahat, keluarlah!”.


Ketika itu, roh kafir itu akan lari merata-rata kerana takut, lalu disentap dengan kuat oleh malaikat maut seperti besi pembakar daging yang panas meyentap bulu yang basah. Roh tadi akan disambut oleh para malaikat dan diletakkan di atas kain kafan yang kasar lalu keluarlah bau yang sangat busuk, sebusuk-busuk bangkai di muka bumi. Roh jahat yang di bawa naik ke langit, tidak akan dibukakan pintu langit oleh para malaikat dan Allah berfirman agar roh jahat tadi di simpan di dalam lubang “sijjin”( rujuk juga Surah Al-A’raf ayat 40 ).


Berdasarkan ayat 4 & 5; dihuraikan juga bahawa sesungguhnya di antara langit dan bumi, malaikat amat sibuk dengan urusan roh( bayangkanlah kalau kita dapat melihat urusan tersebut dengan mata kasar setiap saat???....) ; penglihatan manusia cuma diberi peluang oleh Allah untuk melihat dengan amat jelas sekali ketika saat kita menghadapi sakaratul maut ( ketika inilah kita akan dapat melihat perkara-perkara ghaib yang telah Allah jelaskan di dalam Al-Quran contoh : melihat malaikat maut ).



Kesimpulan:
Lihatlah hubungan setiap penciptaan atau kejadian itu dengan Penciptanya( Allah ), mudah-mudahan kita sentiasa diberi rahmat...


Wabillahi taufik wal hidayah....