Monday, September 14, 2009

Air Mata Darah...

Bismillah...

Assalamu'alaikum wbt...

Seperti biasa, hari cuti biasanya banyak benda nak dibereskan...tambahan pula pada penghujung Ramadhan..macam-macam nak buat...kadang-kadang terfikir pulak...dulu masa kerja, tak la banyak aktiviti macam sekarang...hemmm...rasanya, macam ni la rutin surirumah....ataupun, masa kerja dulu tak dapat nak luangkan banyak masa untuk buat perkara yang disukai...itu semua alasan semata-mata!!

Apa-apapun, alhamdulillah...pagi tadi sempat juga baca surat khabar semalam sambil menunggu pakaian yang sedang dibasuh.....

Sebaik habis membaca satu rencana bertajuk "Misteri Tangisan Darah" di dalam akhbar Berita Minggu, 13 September 2009 pagi tadi( sebenarnya tak sempat nak baca semalam ).........saya terus terfikir akan kaitan rencana tersebut dengan apa yang baru saja saya baca untuk ujian Epistemologi dan Tasawwur Islam nanti...mengenai akal dan ilmu dalam Islam..

Rencana tersebut mengutarakan kebingungan pakar perubatan dunia mengenai fenomena "tangisan berdarah" yang dialami tiga remaja yang masing-masing seorang dari Amerika Syarikat dan dua lagi dari India ...percaya atau tidak, mereka memang mengalirkan air mata darah!!! Bila baca, terasa ngeri sangat...dan sesekali terfikir...betul ka? Kalau dulu, selalu jugak dengar dalam filem ataupun kadang-kadang orang menyebut sebagai mempertahankan sesuatu perkara seperti, "...biar menangis air mata darah sekalipun....."( dengan maksud perkara tersebut tak akan mungkin berlaku...).

Memang, mulanya macam sukar nak percaya...tapi, sebagai seorang muslim...keyakinan terhadap sifat-sifat Allah mengatasi segalanya...ya..tak mustahil perkara seperti ini boleh berlaku kerana Allah itu Maha Berkuasa..apa sahaja boleh bagi Allah walaupun ia adalah suatu perkara yang mustahil dan di luar jangkauan akal dan ilmu kita.

Sesungguhnya akal dan ilmu manusia itu amat terbatas...terlalu banyak perkara yang tak mampu diterokai manusia....namun, hakikatnya Allah telah menganugerahi kita "akal" sebagai medium untuk kita memikirkan tanda-tanda kekuasaan dan kebesaranNYA di dalam lingkungan kemampuan manusia itu sendiri...itulah di antara tanda-tanda di mana berulang kali disebut di dalam ayat-ayat Al-Quran bahawa Allah telah menyuruh, menegas dan menggesa manusia untuk menggunakan akal bagi tujuan berfikir....berfikir akan setiap kejadian dan berfikir adakah kita mampu menandingi kuasaNYA???

Di dalam kolum berasingan pada rencana tersebut, Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof. Dr. Muhaya Mohamad ada menyatakan bahawa fenomena ini adalah satu misteri yang belum terungkai walaupun dunia telah mengecapi perkembangan teknologi perubatan yang begitu canggih..dan beliau memandang perkara ini sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t. dan menegaskan supaya kita sebagai manusia jangan sombong kerana pengetahuan kita amat terhad...

Jadi, fenomena ini merupakan satu "lompang" baru dalam ilmu pengkajian sains perubatan dan bakal mencabar para cerdik pandai serta menilai tahap pencapaian pemikiran manusia bagi mencari jawapan kepada "kebingungan" ini.

Apa yang dapat dirumuskan di sini, bagi mereka yang mampu mengaitkan ilmu pengkajian tersebut dengan yang "Maha Pencipta" yang menciptakan fenomena tersebut....bermakna ilmu yang ada digunakan secara penuh manfaat bagi menjalankan fungsi akal agar berada pada jalan yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah..

Ya..itu baru air mata darah...dah bingung!! Macam mana nak fikir perkara yang lebih besar...kejadian langit dan bumi, alam barzakh dan masyhar, syurga dan neraka....??

Jadi....biar mengalir air mata darah sekalipun dalam apa jua pengkajian kita...kita tidak mampu menandingi ilmu Allah yang tidak terhad.....Allahu akhbar!!!

Ya! Allah...ampunilah kami, andaikata kami terlalai di dalam pencarian ilmu...Semoga Engkau sentiasa memberi petunjuk dan ilmu yang bermanfaat bagi kami...Amin.

Wabillahi taufik wal hidayah...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment