Tuesday, August 11, 2009

Bertemu Janji Allah....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang....

Alhamdulillah....akhirnya berjaya juga saya mula membaca antara buku-buku koleksi terbaru yang hampir sebulan dibeli....namun, tersimpan buat hiasan saja di atas rak di bilik bacaan....sebenarnya ada lagi yang masih tak dibelek-belek....itulah...mungkin hobi suka membeli saja...

Masa beli, bukan main lagi berkobar-kobar nak baca....tapi, biasa lah depending on "mood"....nak kata sibuk sangat pun....tak juga, tapi faham-faham saja la...hemm....MALAS!!! Geram jugak kadang tu...tak mampu nak lawan nafsu jahat ni...

Ok la....cuma nak berkongsi sedikit antara isikandungan buku ni..
Antara 2 buku ni...sebenarnya baru satu saja yang mampu disentuh setakat hari ni( yang warna coklat tu)...insyaAllah...memandangkan cuti panjang ni..I'll try to finish the other one!!

Antara yang menarik adalah bila saya rasakan huraian yang diberikan mempunyai hubungkait dengan beberapa subjek yang saya ambil sekarang terutama "Tasawwur Islam" dan juga "Pengurusan Pembanguan Islam". Mungkin bagi mereka yang berpendidikan Islam, ia sesuatu yang biasa, namun bagi saya....satu pengisian baru dalam sejarah pendidikan dan bakal kerjaya saya nanti..insyaAllah..

Antara yang nak dikongsi:

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu kelak bakal disoal." - Al-Isra' ( 17:36 )


Dari surah Al-Isra' dihuraikan bahawa Allah swt menciptakan manusia sesempurna makhluk dengan anggota lahiriah dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, namun di dalam banyak-banyak anggota manusia itu, Allah hanya akan menyoal 3 pancaindera sahaja iaitu telinga, mata dan hati. Ketiga-tiga anggota tersebut merupakan anggota yang memainkan peranan paling penting dalam perlaksanaan segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah sedangkan anggota-anggota lain adalah pelengkap sebagai pembantu di dalam segala perlaksanaan.

Bila membaca huraian ini, saya terfikir sejenak, bagaimanakah kesemua anggota tersebut berfungsi dalam usaha untuk cuba membangunkan dan menguruskan diri kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sebelum kita membangunkan satu organisasi yang jauh lebih kompleks? Masa tu saya terfikir diri saya lah....yang punya banyak kekurangan( tapi bila teringat tazkirah Prof. Syukri tentang "sifat buruk sangka"...saya pujuk hati..."tak...Allah dah beri banyak kelebihan sebenarnya, tapi terlepas pandang...kena improve mana yang tak betul...").

Berbalik pada huraian tadi, saya kira, melalui pendekatan subjek yang diterapkan oleh ISDEV, ia banyak membantu pemahaman saya..mungkin sebelum ini hanya membaca dan melihat huraian secara "surface" sahaja....tapi kali ini...bila membaca, terasa lebih terkesan di dalam jiwa saya...alhamdulillah berkat sentuhan teknik pembelajaran "hati ke hati" ISDEV, berjaya membuat saya bangun semula untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu...dan mengorak langkah ke alam kerjaya baru saya nanti insyaAllah...

Ya...saya mula menilai...sejauh manakah saya mengaplikasikan sifat pendengar telinga saya?? Sejauh manakah pula saya merenung segala kejadian dan ayat-ayat Allah melalui sifat pelihat mata saya??? Dan bagaimana pula saya menggunakan hati iaitu anugerah Allah yang paling bernilai yang merangsang akal untuk berfikir, samada memikirkan persiapan untuk kehidupan yang abadi kelak???

Jadi...saya berharap nilaian-nilaian tadi mampu menjadi titik tolak kepada perubahan kerangka "pembangunan dan pengurusan" diri sebagai persiapan kita untuk berjuang melaksanakan amanah Allah dan seterusnya mengorak langkah untuk bertemu janji Allah... insyaAllah...

Semoga kita sentiasa dirahmati Allah...

Wassalam

Tuesday, August 4, 2009

Membongkar Kisah Yahudi Dalam Surah Al-Baqarah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Syukur alhamdulillah kerana saya masih diberi "peluang" oleh Allah untuk meneruskan kehidupan ini dan juga diberi "keinginan" untuk terus mencuba dan belajar memupuk diri agar suka menulis semula....teringat zaman persekolahan lampau, memang suka menulis( menulis cerita... )....tapi bila dah tinggal lama apabila masuk ke alam pekerjaan...lainlah jadinya...menulis juga...tapi lebih terarah kepada penulisan procedures, working instructions, laporan audit dan operation processes termasuk minit mesyuarat pengurusan operasi( eventhough not from the operations processes department ) . Semua penulisan ni lebih khusus kepada sistem pengurusan kualiti..namun, dengan izin Allah, pengalaman lepas tetap banyak membantu...

Apa sebenarnya nak tulis ni....???? Ntah lah....Sebenarnya bukan banyak idea sangat nak menulis...tapi rasa terpanggil pula untuk menulis sesuatu bila sering terkeluar topik percakapan mengenai "Teori Evolusi Darwin" dalam beberapa sessi kelas Islamic Research Methodology, Epistemologi & Tasawwur Islam dan juga sessi Pengajian Al-Quran....lebih-lebih lagi bila teringat pesanan untuk sampaikan walaupun satu ayat....dan juga bila ingat akan nik'mat qalam yang diberikan, jadi rasanya patut dimanfaatkan....

....."Teori Evolusi Darwin"......kenapa Charles Robert Darwin yang dianggap "bapa evolusi" ni membuat suatu andaian sedemikian? Satu spesis berasal dari spesis yang lain??? Manusia berasal dari keturunan kera atau gorila?? Siapakah yang mahu mengaku??.....Biar apapun teorinya...kita sebagai seorang Islam pasti akan berpegang kepada ayat-ayat Al-Quran yang jelas menerangkan asal-usul keturunan manusia adalah dari Nabi Adam( asal kejadian daripada tanah )....tak perlu dipertikaikan lagi bukan? Dan lebih-lebih lagi terkandungnya surah-surah yang menceritakan tentang asal-usul kejadian manusia di dalam Al-Quran, antara lain Surah As-Sajjadah( ayat 1-11 ), Surah al-Insan( 1-22) dan Surah Al-Baqarah(Ayat 30-39) .......( minta para hafiz & hafizah betulkan kalau silap yer...)

Apa yang nak disampaikan di sini sebenarnya mengenai Teori Darwin tadi.... cuma teringat kembali input yang saya dapat dari kuliah-kuliah tafsir( Kitab Tafsir Nurul Ihsan ) beberapa bulan lepas tentang kisah-kisah keburukan Bani Isarel( Yahudi ) yang telah diceritakan oleh Allah di dalam ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah dari ayat 40 sebagai peringatan....salah satunya mengenai kaum Yahudi yang telah ditukar menjadi kera disebabkan kekufuran mereka kerana melanggar perintah Allah( ayat 65 ) ...sedangkan pelbagai nik'mat telah diberikan oleh Allah kepada mereka ketika itu.....antara nik'mat-nik'mat istimewa yang nenek moyang mereka perolehi ada dihuraikan di dalam kitab tafsir tersebut( saya cuma list down sebahagian saja untuk renungan ) :

(1) Dihidupkan semula oleh Allah selepas dimatikan( lihat ayat 56 ) dan keturunan mereka terselamat dari kekejaman Firaun( ayat 49 )

(2) Ketika sesat selama 40 tahun di Padang Tih( bukan Ladang Teh ye...:) - Allah beri mereka makanan dari syurga iaitu mann( bijirin seperti gandum ) yang Allah turunkan seperti embun sehari segantang & salwa( burung sintar ) yang sangat lazat ( ayat 58 )

(3) Diturunkan awan untuk lindungi mereka daripada panas matahari ketika di Padang Tih tersebut; ( ayat 58 )

(4) 12 belahan mata air untuk 12 kabilah dari kalangan mereka - Nabi Musa pukul dengan tongkat pada batu
lalu dengan izin Allah, keluarlah mata air...namun mereka tetap kufur (ayat 60 )

Berbalik kepada andaian Teori Evolusi Darwin tadi, cuba kita rujuk kepada ayat 65 dari surah Al-Baqarah:

"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui( bagaimana buruknya ) orang di kalangan kamu yang melanggar( larangan ) pada hari Sabtu( yang keluar menangkap ikan ), lalu Kami berfirman kepada mereka; "Jadilah kamu kera yang hina."


Bila mendengar ulasan tentang ayat ini...memang benar, Al-Quran ada menyebut kisah nenek moyang Bani Israel yang Allah telah jadikan mereka kera ketika itu....itulah antara kisah Bani Israel........so, bagaimana kita menilainya?? Adakah teori Darwin ini berdasarkan pengkajian di atas penemuan fossil nenek moyang mereka( e.g. mungkin ada kaitan dari keturunan yang ditukar menjadi kera ini ) pada abad yang lampau??? Apa pun...itu adalah tentang Bani Israel...Wallahu aklam......atau dalam ertikata lain memerlukan pengkajian untuk membuktikannya melalui Islamic Research??? Apa-apa pun....kita pegang kepada ayat Al-Quran yang jelas...walaupun mungkin tidak dapat dibuktikan, namun ia adalah satu yang perlu kita imani dengan penuh yakin........sesungguhnya..

"Kitab Al-Quran ini sebenarnya tiada sebarang keraguan( sebagai sesuatu yang datangnya dari Allah s.w.t dan sempurnanya ); kemudiannya ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang mahu bertaqwa" ( Surah Al-Baqarah ayat 2 ).

Wabillah hi taufik wal hidayah....assalamu'alaikum...

Note: Sekiranya ada kesilapan, harap dibetulkan......maaf, saya murid baru belajar :)
dan kurang arif di dalam ilmu ini...

Monday, August 3, 2009

Di Sebalik Isra' dan Mikraj...




Alhamdulillah syukur...dapat juga menghadirkan diri ke ceramah sempena Isra' & Mikraj kali ni di Dataran Majlis Bandaran Kulim malam ni...walaupun sessi ceramah tadi bermula agak lambat dari yang dijadualkan( actually start jam 8.00 malam; tapi ceramah mula dekat jam 10.30malam )...namun syukur masih mampu bertahan sehingga jam 11.30mlm...mulanya tadi dah terasa letih sangat sebab petang tadi ada aktiviti merumput depan rumah( dah lama tak buat aktiviti macam ni sebenarnya...)

Berbalik pada ceramah tadi....bertajuk "Perubahan ke Arah Ketaqwaan"...satu tajuk yang agak menarik dikupas oleh Ustazah Dato' Siti Norbahyah Mahmood....walaupun masa terhad, namun pengisian yang padat.

3 Kepentingan yang perlu diingat oleh umat Islam tentang Isra' & Mikraj:
(1) Isra' dan Mikraj membuktikan kebesaran Allah di mana Nabi Muhammad s.a.w berjalan
dengan Malaikat Jibril( mempuyai 1200 sayap ); namun 1 sayap Malaikat Israfil = 1200
sayap Jibril; 8 malaikat yang dipertanggungjawabkan untuk menanggung arasy di mana 1
sayap masing-masing = 1200 sayap Israfil( bayangkanlah betapa besarnya dan hebatnya
Sang Pencipta!!! Allah Maha Besar ); begitu juga kenderaan buraq yang dikatakan berkelajuan 300,000km/saat..( buraq berasal daripada perkataan "barq" yang bermaksud kilat ).

2) Penapisan iman - amanah, benar dan jujur( keikhlasan dan keyakinan kita dalam menerima
ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ).

3) Pengajaran-pengajaran tentang nikmat syurga dan azab neraka diperlihatkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. termasuk usia dunia yang sangat tua, solat 50 waktu dikurangkan kepada 5 waktu, anak sebagai amanah kepada kedua ibubapa perlu dididik ke jalan yang diredhai sebagai persediaan jalan ke syurga.

Satu lagi yang menarik...perasmian ceramah perdana ini telah dilakukan oleh Menteri Besar Kedah..antara pesanan yang beliau tekankan berulang kali di dalam ucapannya adalah kepentingan solat dan menutup aurat....beliau menyeru dan berpesan agar seluruh rakyat Kedah yang beragama Islam tetap dalam mendirikan solat, mempertingkatkan ibadat dan memelihara aurat kerana ini merupakan tanggungjawab dalam memimpin.

Sebelum tirai penutup berlabuh...."Sinarilah rumah dengan solat berjemaah dan tilawatul Quran serta jagalah hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia...." ; semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah selalu...AMIN..