Sunday, July 26, 2009

Bersama Mukjizat Terbesar....


Sedar tak sedar....itulah kehebatan Al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan ALLAH kepada junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w. Satu-satunya mukjizat yang tinggal yang dapat kita lihat hingga ke hari ini....Maha Suci Allah!!

Apakah inisiatif kita untuk meneroka kehebatan Al-Quran ini? Teringat kata-kata ustaz semasa kuliah tafsir semalam......"Mukjizat kehebatan Al-Quran ini hanya akan terlihat apabila kita 'masuk' ke dalamnya; iaitu kita memahami isikandungannya, jadi....bacalah...fahamilah...dan beramallah bersungguh-sungguh. Akal tak akan dapat fikir untuk selesaikan semua masalah...jalan penyelesaiannya adalah Al-Quran."

Seperti kuliah-kuliah lepas, ustaz selalu memberi penekanan agar jemaah faham...berkali-kali diulang....."Ayat-ayat Al-Quran itu umum lafaznya dan bukan asbabnya". Kisah umat-umat terdahulu perlu diambil sebagai ikhtibar dan tak mustahil akan berlaku kepada umat yang kemudian...Jadi, marilah kita sama-sama merenung dan menilai diri agar sentiasa diberi jalan menuju cinta Ilahi...

No comments:

Post a Comment